Saturday, September 26, 2009

Mawas dan perompak

Semasa pemerintahan Harun Al-Rashid tinggal seorang anak tukang gunting rambut bersama ayahnya.Pada suatu pagi ayahnya menyuruh dia pergi ke pantai untuk memberi wang kepada kawan ayahnya yang ingin pergi belayar ke negeri China supaya membeli sedikit barangan untuk mereka.

Apabila sampai di pantai dia pergi berjmpa kawan ayahnya yang bernama Abu Halif untuk memberi kepadanya supaya membelikan mereka sedikit barang.Setelah empat hari di negeri China Abu Halifah an anak kapalnya pun pulang ke Basrah.

Semasa di pertengahan jalan dia teringat akan wang yang diberikan anak tukang gunting rambut itu. Dia dan anak kapalnya pergi semula ke negeri China.Di pantai mereka mencari barang yang sesuai untuk keluarga penggunting rambut itu.

Apabila sampai di gerai yang keempat mereka terlihat seorang penjual yang sedang menjual mawasnya. "Mungkin ini yang sesuai au belikan dengan wang lima dinar itu".Di dalam kapal ini mawas itu membuat pelbagai jenaka yang membuat Abu Halifah dan anak kapalnya ketawa.

Semasa di pantai dia melihat anak tukang gunting rambut itu sudah menunggu di pantai."Ini dia saya belikan untuk awak dengan wang lima dinar". Dia membawa mawasnya pulang kerumah. Di rumah mawas itu menghiburkannya dengan lawak jenaka.

Dia terfikir akan membuat pertunjukan di pasar menggunakan mawasnya. Pada pagi esoknya di pasar dia membuat persembahan lawak jenaka yang dibuat oleh mawasnya.Semua orang yang ada di situ suka melihat gelagat mawas anak tukang gunting rambut.

Selepas sebulan mereka membuat kerja itu anak tukang gunting dan mawasnya menjadi kaya-raya, namun mereka tidak lupa kepada orang yang memerlukan. Mereka selalu menderma kepada fakir miskin.

Empat hari kemudian tukang gunting rambut pun meniggal dunia.Berita tentang ada orang kaya baru di Basrah sapai di telinga ketua penyamun di situ.Ketua penyamun dan anak buahnya segera membuat persiapan untuk merompak orang kaya baru itu.

Mereka merancang untuk merompak malam ini. Berita yang rumah tuannya akan dirompak didengari oleh mawas itu yang rupa-rupanya seorang pari-pari.Dia mengumpulkan semua tikus-tikus untuk menyerang perompak-perompak itu pada petang ini.

Tikus-tikus itu mengambil senjata perom-perompak itu dan menikam mereka semua itulah kali terakhir pari-pari itu membalas jasa tuannya dan kemudian lenyap dilangit.

1 comment:

  1. Salam Adil..waahh seronok mak baca cerita Adil ni..cuma satu mak nak komen iaitu Adil mesti semak ejaannya ok...good!

    ReplyDelete