Thursday, September 24, 2009

Doktor dan Raja

Di sebuah kerajaan yang bernama Indrapura ada seorang raja yang berpenyakit kusta. Sudah ramai doktor-doktor yang cuba mengobatinya tetapi semuanya tidak berjaya. Seorang doktor dari negara seberang datang berjumpa baginda, doktor itu bernama doktor Arshad dia berjanji kepada baginda bahawa dia akan cuba mengobati penyakit baginda.

Pada suatu hari doktor Arshad telah membawa baginda ke gelanggang tenis untuk bermain. Sebelum bermain doktor arshad telah menyapukan herba-herba yang bagus untuk kulit pada raket baginda.
Selepas bermain mereka pulang ke istana,badan baginda sungguh sakit dan lemah.

Pada keesokan paginya baginda bangun dari tidur dan mendapati kulit baginda sudah cantik dan bersih. Raja itu memberi hadiah yang lumayan kepada dotor Arshad.
Salah seorang penasihat baginda berhasrat dengki kepada doktor Arshad kerana baginda memberi hadiah yang lumayan kepadanya.

Dia telah menghasut baginda bahawa doktor itu ialah pengintip yang dihantar oleh negara senerang untuk meracn baginda.

Raja berkata 'hei penghianat keluar kau daripada istana ini". Sebelum doktor Arshad pergi dari istana beliau telah meninggalkan sebuah buku lama. Selepas doktor itu pergi baginda telah membaca buku itu tiba-tiba sehabis buku itu dibaca kulit baginda dan penasihat yang jahat itu bertukar menjadi berpenyakit kusta.

MORALE


ITULAH BALASAN ORANG YANG BERHASRAT DENGKI DAN TIDAK MENGENANG BUDI.

1 comment:

  1. Terima kasih Adil. Cerita ini amat menarik. Ia mengingatkan kita supaya sentiasa mengenang budi dan berhati mulia dan tidak merasa irihati dengan kejayaan orang lain.

    ReplyDelete