Friday, December 11, 2009

Lagenda Awing

Pada masa dahulu, di kampung Tembikai merah tinggal seorang pemuda dan ibunya. Mereka sangat miskin hingga susah mencari makanan sehari hari.

Pada suatu hari Maria anak kepada penghulu kampung itu diculik oleh seekor naga berkepala tiga.

Pembantu penghulu itu memberi pengumuman kepada semua orang kampung, anak kepada penghulu kampung kita telah diculik oleh naga berkepala tiga pada siapa yang hendak menyelamatkannya sila laporkan nama anda kepada penghulu.

Sementara itu pemuda dan ibunya sedang membicarakan soal anak penghulu itu. “Nanda rasa nanda patut menyelamatkan anak penghulu itu ibu.” Kata awing kepada ibunya mak Piah. “Tetapi nak kamu harus mempelajari ilmu mempertahankan diri” kata mak Piah pada Awing kerana terlalu risau akan kebolehan anakya yang tidak seberapa itu., Awing cuba menyakinkan ibunya “ya nanda akan mempelajari ilmu mempertahankan diri supaya mudah nanda menyelamatkan Cik Maria”.

Sudah setahun berlalu pemuda itu belajar mempertahankan diri, semua ilmu yang diajarkan gurunya sudah ia mengerti. Ramai pemuda kampong itu yan mencuba tetapi semuanya tewas pada naga berkepala tiga itu. Selepas mengucapkan terima kasih kepada gurunya dia terus balik ke kampung Tembikai Merah.

Awing terus balik ke rumah untuk menemui ibunya sekaligus membuat persiapan untuk mmbunuh naga berkepala tiga itu. Naga itu berada di bukit Sarung di belakang kampung itu. “ nanda akan pergi membunuh naga dur jana iu ibu”, kata Awing kepada ibunya. “Baiklah, ibu akan selalu mendoakan kamu.

Selepas mendaki bukit Sarung dia terus saja ketempat naga itu. Setibanya ditempat naga itu, raksasa itu baru saja mau memakan Cik Maria selepas bosan dia dijadikan pembantu rumah.

“Hei raksasa bedebah lepaskan Cik Maria sekarang” kata Awing kepada naga berkepala tiga itu. “Hei manusia bodoh aku tidak akan serah kan dia kepada kamu” kata gergasi itu.

Bermulalah perempuran Awing dengan naga itu, Awing berjaya menewaskan naga itu dengan memotong ketiga tiga kepala naga itu. Selepas menewaskan naga itu Awing terus menyambar seperti kilat badan Cik Maria lalu beredar dari tempat itu.

Dengan membawa Cik Maria bersamanya mereka terus pergi ke rumah tok penghulu. Tok penghulu sangat gembira atas kepulangan anaknya. Sebagai balasan mereka berdua dikahwinkan dan Awing membawa ibunya tinggal bersama mereka.