Friday, October 2, 2009

Pembunuhan pemain boling

Selepas pergi bermain boling di Jusco Ipoh, seorang pemain boling negara yang bernama Yahya singgah di sebuah restaurent sebelum melanjutkan perjalananya untuk pulang ke rumah. Apabila sampai di rumah dia terus mengemaskan baju untuk pulang ke kampung pada hari raya esok.

Esoknya selepas mandi dan bersarapan dia bertolak untuk pulang ke kampungnya di Batu Pahat, Johor. Sesampainya dia dikampung, dia disambut oleh ibu-bapa dan adik beradikya. Pada pukul enam petang dia pergi beraya di rumah sahabat baiknya yang bernam Ashraf. Mereka keluar dan pergi ke Kota Bharu, Kelantan.

Apabila sampai di pantai Cahaya Bulan (PCB) mereka duduk bersantai di sana dan bersembang selama beberapa jam. Pada pukul sepuluh malam mereka pulang dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Yahya.

Esoknya Yahya membawa keluarganya pergi mengambil gambar. Selepas mengambil gambar mereka terus pergi beraya dirumah saudara-saudara dan rakan-rakan. Sudah seminggu dia di kampung petang ini dia akan bertolak ke Ipoh.

Dia sampai ke Ipoh pada pukul 9 setengah malam. Apabila sampai di rumah, Yahya terus pergi ke bilik air mengambil dan bersembahyang ishak. Dia tidur dengan nyenyaknya kerana keletihan.

Pada pukul 12 tengahari dia pergi ke Jusco Ipoh untuk bermain boling. Dia mendapat lane tengah yang bernombor lima belas. Selepas bermain boling dia terus pergi bersembahyang zohor di tingkat dua Jusco. Semasa sedang makan Yahya terjmpa kawannya yang bernama Riduan.

Mereka pergi membeli kasut dan bola boling. Mereka berdua berlawan boling sehingga tiba waktu solat asar. Selepas solat asar mereka berdua berjalan di atas kawasan parking di bumbung.

Tiba-tiba Ridzuan berjalan di belakang Yahya dan terus menikam ke jantungnya menggunakan pisau kuku. Ridzuan panik kerana telah membunuh Yahya, dia membawa mayat itu masuk kedalam kereta dan pulang kerumahnya di Gerik.

Dia terus membuang mayat itu ke tangki air besar di Gerik. Sudah dua hari Yahya tidak datang ke pejabat, bosnya amat risau tentang Yahya kerana dia tidak mengambil cuti tetapi menghilang begitu sahaja.

Bos Yahya encik Wong membuat laporan polis tentang kehilangan ini. Pada suatu hari seorang tukang cuci tangki air ternampak mayat di situ dan dia memberitahu bosnya. Mereka berdua membuat rapulan polis.

Polis membawa mayat itu ke hospital Gerik dan doktor membuat ujian DNA kepada mayat tersebut. Akhirnya mereka mendapat tahu tentang Yahya yang dibunuh Ridzuan. Pihak polis memberitahu kisah itu kepada keluarga Yahya.

Ridzuan ditangkap dan dia menceritakan bahawa dia membunuh Yahya kerana dulu Yahya pernah memberi rasuah kepada pemilih pasukan boling antara bangsa dahulu.

2 comments:

  1. cerita ini sungguh menarik! Tahniah, Adil.

    ReplyDelete
  2. Salam Adil, rajin2 menulis lagi.Mak tahu Adil banyak membaca..bagus my beloved boy!

    ReplyDelete