Friday, September 25, 2009

Akibat Ah1n1

Suasana pada pagi itu sungguh sejuk, mak Milah membawa anaknya pergi ke hospital kerana demam panas. Di dalam klinik ramai ibu-ibu membawa anak mereka berjumpa doktorHussin. Apabila mendengar nama anaknya dipanggil mak Milah membawa anaknya masuk ke dalam bilik doktor.

Dia memberitahu doktor bahawa anaknya mengadu pening kepala dan sakit tekak, doktor memeriksa kerongkong anaknya dan mendapati kerongkongnya tidak berwarna merah. Doktor berkata anaknya hanya demam biasa sahaja. Doktor hanya memmberi ubat panadol,ubat selesema dan ubat sakit tekak.

Pada malam itu demam anaknya semakin panas, mak Milah membawa anaknya kembali ke hospital bahagian emergency kerana semuaklinik sudah di tutup. Doktor yang bertugas pada malam itu membuat swap ke dalam hidung anak mak Milah.

Satu jam kemudian dia mendapat keputusan dari makmal bahawa anaknya menghidap AH1N1 dan perlu dimasukkan ke wad pada malam itu juga. Di dalam wad nurse memberi dua biji anti virus.

Pada malam itu selepas memakan anti virus demam anaknya semakin naik dan nurse memberi panadol kepada anak mak Milah. Demam anaknya reda buat seketika.

Pada pagi itu mak Milah mengejut anaknya untuk mandi tetapi badan anaknya telah kaku. Mak Milah keluar dari bilik untuk memanggil doktor. Doktor memeriksa nadi budak itu dan dia memberitahu mak Milah bahawa anaknya telah meninggal dunia. Mak Milah menyesal kerana dia tidak lebih dahulu membawa anaknya ke hospital.







MORALE

Bawalah anak anda atau diri anda sendiri untuk diperiksa oleh doktor

1 comment:

  1. Ya betul kata Adil tu. Kita mesti segera berjumpa doktor apabila kita sakit.

    ReplyDelete