Tuesday, November 3, 2009

Pontianak di teluk batik

Teluk Batik ialah salah satu tempat perlancongan yang terkenal di Malaysia. Di sana ramai pelancong-pelancong asing yang berada di Teluk Batik. Pada waktu malam penduduk yang berdekatan terasa terganggu kerana ramai orang yang membuat bising di pantai itu.

Apa yang lebih membuat penduduk di situmarah kerana pelancong-pelancong itu telah membuang botol-botol minuman dan sampah sarap di kawasan itu. Mereka merancang untuk mengajar pelancong-pelancong itu agar tidak membuat bising di tengah malam dan jangan membuang sampah sarap di pantai itu.

"Aku dah tak tahan la dengan pelancong-pelancong asing ni" kata Samad kepada Kassim."Ye la aku pun dah tak tahan lagi dengan pelancong asing tu" kata Kassim pula.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan bomoh di hujung kampung itu dan menceritakan niat mereka.

Pada keesokan harinya gempar cerita ada pontianak di Teluk Batik. Sudah tidak ramai lagi pengunjung pergi ke Teluk Batik. Ada dua pelancong asing yang masih lagi tidak percaya dengan cerita pontianak itu.

"Aku tak percayalah John ada pontianak di situ" kata hari kepada John. Pada malam itu kedua mereka pergi ke Teluk Batik. Mereka berdua duduk selama setengah jam di situ dan tiba-tiba seekor pontianak yang mengerikan datang mengacau mereka. Mereka berdua berlari masuk ke kereta dan terus pulang ke rumah.

Selepas sebulan perkara itu berlaku Kassim menyuruh bomoh itu mengurung semula pontianaknya. Bermula hari itu keadaan menjadi tenang pada tengah malam dan pelancong tidak lagi membuang sampah merata-rata tempat.

No comments:

Post a Comment